HALAMAN

Tuesday, February 22, 2011

ILMU MUZIK

WELCOME TO OUR BLOG!!!





CARA MENDAPATKAN VOKAL YANG BAIK

1. latihan Pernafasan

Salam semua.. didalam blog ini saya hanya mengunakan istilah dan bahasa yang mudah difahami oleh individu yang mempunyai aras pengetahuan muzik yang berbagai tahap. semoga ianya dapat membantu serba sedikit. Bila disebut mengenai latihan pernafasan ia adalah suatu latihan yang membantu dalam ketahanan dan stamina dalam kemampuan menyanyi dalam tempoh yang panjang. Pernafasan yang baik boleh didapati dengan berjogging dan membuat senaman. latihan renang dan menyelam juga amat membantu dalam mendapatkan pernafasan yang baik. Melalui pernafasan yang betul, teknik pengeluaran vokal akan menjadi lebih baik dan dapat mencapai aras nada suara yang tinggi. Bagi manusia yang normal mereka akan dapat mencapai 3 oktaf suara dan jarang sekali yang boleh mencapai sehingga 4 dan 5 oktaf. Oktaf suara itu adalah dari solfa DO bawah hingga ke DO' atas. Bukan SARIP DOL tau... hehehe... maksudnya tangga nada do,re,mi,fa,so,la,ti, do dan disambung ke oktaf yang seterusnya hingga mencapai oktaf 3, 4, 5 dan seterusnya (Ning Baizura boleh kot..?). Teknik-teknik pernafasan ini anda boleh tanya kepada guru muzik dan mereka kebanyakannya ada ilmu tentang ini. Di dalam latihan meditasi umpamanya, banyak ciri-ciri teknik pernafas yang betul di tunjukkan. Jika ada rezeki saya akan terangkan teknik pernafasan meditasi dan Chi Kung yang banyak membantu didalam penguasaan pernafasan supaya anda menyanyi tidak semput atau tersekat-sekat... jumpa lagi!!

2. Warming up

Kali ini kita sembang pula mengenai warming up (WU). WU ini adalah merupakan latihan memanaskan suara sebelum menyanyi. Seperti juga aktiviti sukan seperti berlari, kita perlu memanaskan badan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekejangan otot. latihan WU ini boleh didapati dengan membunyikan huruf vokal a,e,i,o dan u. Berilah kesempatan kepada otot muka dan mulut untuk bersedia dan juga memanaskan peti suara. Peti suara ni kalau tidak dijaga mau merajuk kawan tu. Bagi orang yang rosak peti suara mereka tidak dapat mengeluarkan suara dengan baik. Kalau keluar pun suara tu kira dah menjadi macam itik serati atau dengan lain perkataan ianya menjadi serak. WU juga penting bagi melegakan otot-otot dibahagian leher. Ini penting kerana apabila kita menyanyi, otot-otot leher dan bahu ini ikut serta bergerak kecuali jika menyanyi stail robot. Hati-hati jika kamu menyanyi lagu tamil, kekuatan otot-otot badan seperi leher amat perlu bagi mencapai mud penghayatan yang baik dalam nyanyian dalam kebanyakkan lagu tamil. Juga dalam menyanyi lagu Tamil khususnya, kekuatan lidah juga perlu bagi mendapatkan intonasi atau sebutan yang betul... ANE, TAMBI, TANGECHI! jangan mara aaa...hehehe... WU juga boleh dibuat melalui latihan boobling untuk peranan bagi pergerakkan bibir yang banyak membantu dalam nyanyian. Nyanyian yang di buat tanpa WU akan memberi kejutan yang mendadak kepada kod vokal dan suara. Nyanyian secara berterusan tanpa membuat WU terlebih dahulu akan meninggalkan kesan yang negatif pada usia tua nanti dan mungkin pada waktu nak panggil cucu picit kepala pun tak terkeluar suara.... ini adalah kerana julat atau renj suara menjadi lebih pendek dan bermasalah dalam mencapai pitching pada oktaf yang tinggi. kepentingan WU kepada diri anda ialah untuk memberi fokus atau tumpuan kepada nyanyian, persediaan awal bagi fizikal dan mental, mewujudkan teknik pernafasan yang baik, melegakan tekanan seluruh otot badan, meluaskan pic, mencapai aras kesatuan vokal dan akhirnya untuk mendapatkan intonasi atau sebutan yang betul dalam pengeluaran suara melalui lirik atau senikata lagu. WU terbahagi kepada dua iaitu WU fizikal dan WU Vokal.

3. Postur
Postur (P)adalah kedudukan badan sewaktu menyanyi. P ini lebih diberi tumpuan dalam nyanyian secara kumpulan atau koir kerana ruang pergerakkan bagi penyanyi adalah terhad. Bagi nyanyian secara solo, ianya tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yang dimaksudkan P itu ialah keadaan tubuh badan samada menyanyi secara berdiri, duduk dan bagi yang terlebih terror tu mungkin mereka boleh menyanyi sambil berbaring atau meniarap. Apa yang penting jangan sesekali menyanyi dengan melihat lantai ini akan menyebabkan suara susah hendak keluar. Jangan pula menyanyi membelakangi penonton.... kecuali anda menyanyi lagu "GOYANG INUL"... itu pun, pastikan absober anda bukan jenis Lori tayar 16... hehehehe... Gunakan sepenuhnya ruangan pentas itu dan bagi nyanyian solo ,P anda adalah bebas mengikut kesesuaian dan kreativiti anda. Dalam nyanyian lagu koir dan nasyid, mereka ada garis panduan tertentu... nanti kalau berkesempatan akan diterangkan.

4. Teknik vokal
5. Minat
6. Berilmu

BERSAMBUNG.....