HALAMAN

Thursday, March 18, 2010

* ANTARA BAND NAUNGAN ZMIN STUDIO



Angah dan Along zmin selepas membuat persembahan Gendang 1 Malaysia di East Cost Mall Kuantan. Along telah Berjaya melanjutkan pelajaran muzik di ASWARA 2013.

SUBVERSION semasa bermain GIG di Heaven Studio Kuala Lumpur .... tak cukup hebat lagi... jika kalian belum sampai taraf main kat KELAB DANGDUT... hahahaha...


THE DOUBLE XL ( Band Guru Daerah Jerantut), Terdiri daripada Zmin (keyboardist), Sani Lone Ranger (guitarist) Man Poodah (guitarist 2), John Zoni (Bassist), Nikie (Drummer), Zaid Tik Tok (Percussion) Zul Lebai, Awie Royal, Su dan Tina (vocalist) kerap diundang untuk persembahan sempena program guru daerah Jerantut. Ada lima orang lagi anggota XXL yang tidak ada dalam gambar. Iaitu Cikgu Zul Lebai (la ni dah jadi Pen. Pengarah JAWI) dan Cikgu Zmin (sibuk membetulkan wayar speaker) dan lain-lain. Ada pun nama THE DOUBLE XL muncul kerana kebanyakkan anggota band pakai T-shirt saiz XXL hehehe... XXL adalah dibawah naungan Jabatan Pendidikan Daerah Jerantut di zaman Tuan Haji Nazri selaku penaung dan En. Jalaludin Ismail sebagai Pengurus iaitu orang yang bertanggungjawab diatas penubuhan kumpulan XXL ini. XXL ini dibantu oleh Zmin Studio dari segi peralatan muzik, latihan dan pengurusan persembahan. Awie The Royal atau cikgu Awie telah kembali ke Rahmatullah........

Ada tiga lagi kumpulan dibawah Z-MIN Studio iaitu,

1. SUBVERSION ( Kumpulan anak-anak aku yang banyak main lagu TAH HAPA HAPA.... Katanya Hardcore mETAL .... byk terlibat dalam gig, battle dan show band..sakit kepala aku.... "ni bukan zaman Papa...(kata mrk) ye jugak ek.. hehehe.."). Salah seorang dari ahli Subvesion telah melanjutkan pelajaran di UITM dalam bidang muzik. Terdiri daripada Vocalist (TEHEN), Guitarist (JOVI), Bassist (ANGAH ZMIN) Drummer (ALONG ZMIN)

2. KUMPULAN CINCIN BELAH ROTAN ( hok kani semua geng tua-tua... aku sorang je muda.. hehehe... kami layan lagu asli, keroncong, inang, dangdut.. dan lagu-lagu semasa seperti lagu Cari Jodoh kami modified jadi lagu keroncong.

3. KHAZANAH (Dah ada album sendiri... no. 1 dalam rankin Asyik FM... kumpulan OA BATTLE OF ORANG KITAK yang sedang meningkat naik.... Sume lagu kitak mayin (main) ... boleh test kalu tak percaya.... IBOK KOM... Kitak Uran tak minum LINKUES.... ahak..ahak..).

4.. ZMIN STUDIO BAND. Di tubuh pada tahun 2004. Bermain di Tapak Ekspo, Dinner, Majlis Kahwin, Hotel dsb nya. Antara yang pernah menjadi line up dengan band ini ialah Arwah YAN meditasi, Fadzil Handy Black dan EDI Arts Stream. Anggota Asal dan tetap kami ZAHA (drummer), EDDY FERRY (guitarist), FAROQ (bassist) AMBONG (vocalist), MAZLI (vocalist/teknician), BOTAK BATANG KALI (Bassist jemputan). Sekarang kami berhenti bermain kerana kesibukkan dengan tugas, pelajaran dan masih mencari pemain bass yang komited dan berdisiplin.

5. TEACHERS & CHILD. Merupakan gabungan ayah (guru) dan anak perempuan serta lelaki dari Kuala Lipis dan Jerantut. Mempunyai lebih kurang 20 lagu ciptaan sendiri yang berentak Reagae serta irama Malaysia. Lagu berunsurkan nasihat dan jiwa patriotik. Terdiri daripada Cikgu Rosman @ BOB MALAY (guitarist/vokal), Cikgu Zmin (keyboardist), Rakha Qistina (Bassist/vocalist) dan Along Zmin (drummer). Jika ada rezeki kami akan terbitkan kesemua lagu-lagu tersebut. Antara tajuk lagu tersebut: KATA TUAH, ANAK PAHANG, APA TAKUT?, KATA ORANG KAYA, SYAHADAH, TIDAK KUAT KAH KITA? DAN LAIN-LAIN.

TEACHERS & CHILD. Dari kiri Rakha Qistina, Bob malay, Along zmin dan Zmin.


DI BAWAH INI VIDEO RAKAMAN PERSEMBAHAN BAND XXL.
Semasa majlis makan malam Anjuran Jabatan Perpaduan.
Vocalist Cikgu Suhaila, Guitarist Cikgu Sani, Bassist Cikgu Man, Drum Cikgu Nikie (Tahniah Nikie kerana masih mengekalkan identiti XXL itu.... hehehe) dan Keyboardist Cikgu Zahimin (ZMIN). SAKSIKANLAH....................



Kumpulan Khazanah : vocalist (sani mendul), Guitarist (Zahar Genting), Bass (Samli), Drummer (Aboy), Keyboardist Jemputan (zmin). CARILAH ALBUM MEREKA DI PASARAN. BANYAK LAGI LAGU-LAGU YANG SEDAP-SEDAP HASIL DARI SENTUHAN TANGAN SAUDARA HERRY (KHALIFAH) TERBITAN SERASI MUZIK. MEREKA ADALAH OA ETNIK JAHUT DARIPADA JERANTUT, KUALA KRAU DAN BAHAU.



* PERSEMBAHAN MAJLIS KERAIAN





Mengiringi A Rahman Onn di tapak Ekspo Jerantut baru-baru ini. Dari kiri: Abang Razali, Alim JPJ, A Rahman On, Eddie dan zmin



Sorry bro... gambar terbalik... saje bagi korang pening kepala... Gambar ini diambil semasa di Hotel Swiss Garden. Kolej Shahputra band tengah main dengan gaya terbalik... jangan betulkan monitor anda! memang stail diaorang main bergini... hehehe...

Manager Cape technology Sdn. Bhd. Penang sedang berucap dan beliau menyanyi lagu Melayu secara karaoke. Beliau merupakan seorang manager yang baik dan pandai menjaga hati para pekerja nya. Thank you kerana beri zmin tip... ratus-ratus juga tu.. hehehe.

Antara pekerja cape technology makan malam di Rain Forest Taman negara Jerantut.

Tarian Hip-Hop yang sangat menarik dari warga Cape technology sdn. Bhd penang.

Bersama A Rahman On ketika sound check di Jerantut Funfair

Walau sudah berumur 60 tahun lebih, A Rahman On masih bertenaga dan mantap di atas pentas. Bekerja dengan beliau sangat mudah serta seronok dan beliau seorang yang tidak banyak kerenah. "line up" zmin studio kali ini guitarist (eddie), Bassist (Alim JPJ), drummer (Abang Razali Temerloh) dan keyboardist (zmin) serta Sound Man (Cikgu Rahim Raub). Cikgu Rahim mengarahkan saya cari line up dalam masa sejam. Kalau sound bunyi macam tongkang pecah tu.. maklum2 je laa...

Norfazra bersama CBR. Pernah mengiringi nyanyian beliau bersama Band Polis Jerantut. dibawah pengurusnya Tuan Sukhairi. Sekarang Tuan Shukairi telah bertukar ke Bukit Aman dengan pangkat ASP.. Tabik Tuaaannnn....!!


Antara anggota yang saya ingat namanya ialah En. Mat (gendang anak), abg Zul (gendang ibu), Abg Kama (guitarist), zmin (bassist) dan yang lain-lain dah lupa namanya... sori Pokcik ye... dengar cerita ramai yang dah sakit.... dan sudah jarang traning..... takpe..sihat kang kite jamming lagi.....

Zek's Penyanyi Band PAKTEH MEDAN Ulu Cheka

Bersama Ery dan Sabu (Kumpulan Khalifah), Botak Batang Kali antara Bassist terbaik Selangor)

Kami menerima tempahan untuk persembahan keraian seperti Majlis perkahwinan, dan juga band pengiring untuk artis. Terdapat dua bentuk perkhidmatan iaitu Kugiran (Band) yang mampu memainkan semua jenis rentak lagu dan kumpulan Gendang Pahang.Harga boleh dirunding.




* KURSUS GITAR / BASS / DRUMS/ KEYBOARD

BILIK BELAJAR DRUM

KURSUS PERMAINAN ALAT MUZIK GURU GURU SJK (CINA)

Kami bersedia menganjurkan kursus untuk pendidikan muzik, kursus bermain gitar,drums, bass, keyboard serta Gubahan muzik mengunakan perisian muzik , Cara-cara membuat Demo Tape dengan mengunakan (3 peralatan sahaja) secara formal ataupun tidak formal. Sijil-sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus. Gambar menunjukkan sesi kursus vokal serta permainan alat muzik.

Wednesday, March 17, 2010

*MENJUAL PERALATAN MUZIK












Antara peralatan yang dijual di Zmin Studio. Kami juga menerima trade in gitar dengan harga yang boleh dirunding.



* PENGANJURAN BATTLE DAN GIG

THE JOHN kumpulan Live Band Cina dari Mentakab di
Konsert anjuran MCA Kuala Lipis

Antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam
Battle Of The Band anjuran ZMIN STUDIO dan Pejabat Belia Jerantut

AKSI KUMPULAN "NO MONEY"
Kami bersedia menganjurkan Battle dan gig mengikut keperluan dan tempat. Gambar menunjukkan pertandingan yang pernah dianjurkan di daerah Jerantut.

* SAHABAT-SAHABAT ZMIN STUDIO


haha... yang ini cikgu Rahim dari Raub. Mempunyai peralatan P.A. system berjenama DAS. Masa saya ambil gambar beliau, beliau berkata "Laa.. ngape ambik gambo kas yang kusut masai tak bersikat nii..?" Biasa la abang Rahim... soundman memang gitulah... rambut kita serupa je dengan wayar-wayar yang berserabut tu.... kadang2 puas kite nak betulkan bunyi yang berserabut ... masa tu otak pun jadi serabut... hihihi..





Gambar kenangan semasa Juara pertandingan Nasyid Sekolah Rendah semasa bertugas di SK Damak tahun 90-an. Saya pun dah lupa tarikhnya. kebetulan anak murid saya minta saya masukkan ke dalam blog ini. Anak murid yang saya masih ingat namanya adalah seperti Faiz mahayuddin, Firdaus dan Nursuhanum dan yang lain2 dah tak ingat... mungkin yang lain tak pernah hubungi saya kecuali 3 orang murid kesayangan hamba ini.... hehehe... yang lain tu murid derhaka kut Firdaus..? Saya percaya semua sudah menjadi orang yg berguna pada bangsa dan negara macam Faiz (cikgu) dan Nursuhanum (Pegawai tentera). Firdaus masih single... kena mandi bunga gamaknya budak ni..... hahahaha......

PASUKAN KOIR MECIDIABAN (JOHAN KOIR PAHANG 2007)

Antara nama-nama ahli yang saya ingat dalam gambar ini ialah Bernard, Zulkarnain, Mokhtar, Sani, Azman, Zoni, rosli, Husna, aiping, Tina, suhaila yang lain-lain terlupa sangat nama kalian....


PASUKAN KOIR JURU RAWAT MASYARAKAT
Apa khabar Misi-misi semua? Rasanya kalian semua telah berjaya menamatkan kursus dan telah bertugas di segenap bumi Malaya ini. Walaupun persembahan kalian dahulu telah di potong oleh Lembaga Penapis Filem jabatan kalian kerana ada adegan yang merbahaya dan merbahayakan kesihatan audien ketika itu.... Kalian memang mantap... ingat balik pesanan saya dulu.....senyumlah selalu kalau nak jadi kaya.... hihihi

Kami menyediakan khidmat jurulatih pasukan koir / nasyid, sama ada untuk pertandingan mahupun sekadar persembahan.Selain melatih, persiapan lain seperti skor lagu dan muzik minus one juga termasuk di dalam pakej latihan. Pilihan Kepada jenis-jenis pasukan koir seperti Show Choir,Folks Choir, Pop Choir, Jazz Choir dan lain-lain. Perkhidmatan ini diberi kepada seluruh lapisan sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta mahupun pertubuhan-pertubuhan setempat. Antara Jabatan Kerajaan dan swasta yang pernah mengunakan khidmat Zmin Studio Seperti Jabatan Pelajaran, Pejabat Daerah, Umno, Belia, Puspanita, Jabatan Saliran, Jabatan Veterinar, Hospital, PDRM, Jabatan Perpaduan, Pusat Serenti, FAMA, Tunas Bakti, Masjid, Pertubuhan Perempuan (WI), Kumpulan Nasyid Wilayah Jengka, IKIP, JHEOA, KILANG TERAMAJU SDN BHD dan Lain-lain. Harga perkhidmatan boleh dibincangkan, dan anda pasti puashati.
Contoh: Pasukan Koir Guru (atas), Pasukan Koir Kolej Jururawat Masyarakat. (bawah).







Ustaz Zukifli Hamat. ustaz serba boleh. seorang Penceramah, Pendakwah, penyanyi, boleh bermain alat muzik, Tukang karut dikir barat, Pengacara majlis dan fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab. Salah seorang vocalist double XL tapi sekarang dah slim.... beliau sekarang bertugas sebagai Pen. Pengarah KPM di putrajaya dan merupakan salah seorang mentor atau Mursid dalam program IMAM MUDA II yang akan siarkan dalam tv ASTRO tidak lama lagi.... Kami anggota Double XL ucapkan syabas dan tahniah diatas kerjaya terbaru... ingat balik kata-kata ustaz dulu "TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.... INIKAN PULA TEMPAT JAMMING" hahaha.....






Mr. Frankie. My audio visual supplier.






Siti Khadijah ...Anak dara zmin. Umo Aye Duwe tawun.... Aye cuke lagu.. "oleh panang-panang... angan pegang-pegang" hihihi







Yup! Ini dia DJ paling terkenal di Jerantut, terutama di kawasan Taman Inderapura. Koboi Jepun Yushimura... tapi kat sini kami panggil YUSHIMUSA... hehehe.... Ni patner saya jika bertugas sebagai DJ. Kalau ada Abang Musa ni, maka keluarlah segala pantun dan hadis serta Al-qur'an. Saya minat sangat kalau beliau keluar hadis pasal POLIGAMI.... mahu pak2 haji yang tengah makan kenduri kahwin tu terus berhenti dan menghayati maksud hadis yang disampaikan itu... maklumlah pak haji pun bukannya tahu sangat berbahasa Arab....

Bersama Mail XPDC yang berkunjung ke zmin studio baru-baru ini.

This is Mr. Gordon Brown from Sweden. He is my English " SIFU". He singing "MY WAY" song very nice. He always remember me... "carefull with your intonation Mr Zahimin.... students will followed to what you speak up"... hehehe. I'm not English teacher sir... but music teacher optionist... sometimes I'm using my "Malay tongue".... I'm sorry.... Murid level 1 boleh la aku kelentong.... hahaha...

Editor Mag.Empayar (Baju putih), Hairy (gitaris Khalifah). Yang kat belakang tengah sibuk dengan mixer tu Dato Rosman dari Subang. Masa tu beliau belum dapat title Dato lagi dan beliau merupakan salah seorang MASTER SIFU dalam bahagian Audio.
Sheeda, penyanyi dangdut.

Artis dan Kump.Chincin Belah Rotan (CBR)
Pemuzik Pro dari Ibukota.

Pemimpin MCA menyaksikan konsert.

Zmin bersama Tengku Fathi, bekas pensyarah IPTAA, K.Lipis. Beliau dah pencen. Apa kabo Man Panjang, dengo kabo dah jadi Pensyarah muzik kat UPSI? hehehe Man Panjang tu Bassist zmin semasa di MPIK dahulu. Lama betul tak dengar cerita member band semasa di MPIK 1990 dulu... apa cerita Ayai (drummer), Robakyah (keyboardist), Redzuan(vokalist) dan yang lain-lain tu..... dan room mate saya Yusry, Shamsuri Juara dan Rahim KK...

Mr.Talha, gitaris The Wonderers bersama isteri. Baru-baru ini masuk dalam program TANGKAP MUAT dan kumpulan PUTRASARI yang bertanding dalam rentak juara baru-baru ini adalah kesemuanya anak-anak beliau.....Nanti suatu masa nanti lepas juga saya kerumah abang Talaha di Branang Selangor tu....

Hairy,Gitaris Khalifah.
Mr.Saha, Gitaris Thunderstorm, gitaris terbaik Rentak Juara Musim pertama. Baru-baru in ada datang ke studio dengan Geng tabligh beliau. Habis dengan aku kena tabligh.... elok lah sahabat mengingat sama insan.... aku dah ada jalan sendiri..... berpandukan qur'an dan hadis...memandang ke dalam diri.... tuhan yang maha hakiki....sangat dekat bagi yang mengkaji... jauh bagi yang suka mengeji.... mari kita cariiii.....


Pasangan Mat Salleh ni datang beli gitar.
Antara sahabat-sahabat Zmin Studio yang memberi sokongan.


KLIK PADA OLDER POST UNTUK CATATAN PERKHIDMATAN SETERUSNYA...





* MENYEWAKAN PERALATAN MUZIK DAN AUDIO

PEAVEY USA 16 CHANNEL

BEHRINGER 32 CHANNEL









Kami menyediakan perkhidmatan menyewakan peralatan muzik seperti guitar amp, drum set, gitar, pa system, drum kid, soundman, DJ serta lain-lain.

PAKEJ P.A. SYSTEM KADAR SEHARI

PAKEJ A - RM 250 PAKEJ B - RM 350 PAKEJ C - RM 650 PAKEJ D - RM 800

PAKEJ E - RM 1000 PAKEJ F - RM 1500 PAKEJ G - RM 2500

D.J - RM 50, RM 100, RM 250, RM 300

SET ALAT MUZIK - RM 500.00, RM 800.00

SET KARAOKE - RM 200

MONITOR SPEAKER RM 50 SEUNIT


BAYARAN TAMBAHAN AKAN DI KENAKAN MENGIKUT JARAK DAN TRANSPORT