HALAMAN

Thursday, February 28, 2013

SALAM..... SUDAH LAMA TIDAK MEMPERBAHARUI BLOQ INI KERANA KESIBUKAN

Sudah terlalu lama saya tidak memperbaharui data-data di dalam bloq saya ini. Jika tidak ada aral saya akan coretkan pengalaman dan alat muzik yang ingin di jual di dalam blog saya ini. Kesibukan ini adalah kerana masa banyak di habiskan bagi menyambung pelajaran di bidang muzik dan audio, disamping itu melakukan kerja-kerja dibelakang tabir bagi rakan-rakan yang sudah pun bergelar artis. Tahniah pada kalian........ bergitu juga kepada bekas-bekas pelajar saya yang telah berjaya ke universiti terutama di dalam bidang muzik dan seni.... syabas dan tahniah!!!!!

ALAT MUZIK UNTUK DI JUAL!!!!

1 unit  Bass Amp. Smarvo head & Cabinet 300watt

1uni Lead Amp. Smarvo head & Cabinet 200watt


Barang tu 2nd hand. Hanya di gunakan untuk function luar sahaja. Cukup kuat dan bertenaga.


HANYA RM 3000

je untuk 2 unit amp. tu. berminat call saya. 013-6321258 (zmin)

Tuesday, February 22, 2011

ILMU MUZIK

WELCOME TO OUR BLOG!!!





CARA MENDAPATKAN VOKAL YANG BAIK

1. latihan Pernafasan

Salam semua.. didalam blog ini saya hanya mengunakan istilah dan bahasa yang mudah difahami oleh individu yang mempunyai aras pengetahuan muzik yang berbagai tahap. semoga ianya dapat membantu serba sedikit. Bila disebut mengenai latihan pernafasan ia adalah suatu latihan yang membantu dalam ketahanan dan stamina dalam kemampuan menyanyi dalam tempoh yang panjang. Pernafasan yang baik boleh didapati dengan berjogging dan membuat senaman. latihan renang dan menyelam juga amat membantu dalam mendapatkan pernafasan yang baik. Melalui pernafasan yang betul, teknik pengeluaran vokal akan menjadi lebih baik dan dapat mencapai aras nada suara yang tinggi. Bagi manusia yang normal mereka akan dapat mencapai 3 oktaf suara dan jarang sekali yang boleh mencapai sehingga 4 dan 5 oktaf. Oktaf suara itu adalah dari solfa DO bawah hingga ke DO' atas. Bukan SARIP DOL tau... hehehe... maksudnya tangga nada do,re,mi,fa,so,la,ti, do dan disambung ke oktaf yang seterusnya hingga mencapai oktaf 3, 4, 5 dan seterusnya (Ning Baizura boleh kot..?). Teknik-teknik pernafasan ini anda boleh tanya kepada guru muzik dan mereka kebanyakannya ada ilmu tentang ini. Di dalam latihan meditasi umpamanya, banyak ciri-ciri teknik pernafas yang betul di tunjukkan. Jika ada rezeki saya akan terangkan teknik pernafasan meditasi dan Chi Kung yang banyak membantu didalam penguasaan pernafasan supaya anda menyanyi tidak semput atau tersekat-sekat... jumpa lagi!!

2. Warming up

Kali ini kita sembang pula mengenai warming up (WU). WU ini adalah merupakan latihan memanaskan suara sebelum menyanyi. Seperti juga aktiviti sukan seperti berlari, kita perlu memanaskan badan terlebih dahulu bagi mengelakkan kekejangan otot. latihan WU ini boleh didapati dengan membunyikan huruf vokal a,e,i,o dan u. Berilah kesempatan kepada otot muka dan mulut untuk bersedia dan juga memanaskan peti suara. Peti suara ni kalau tidak dijaga mau merajuk kawan tu. Bagi orang yang rosak peti suara mereka tidak dapat mengeluarkan suara dengan baik. Kalau keluar pun suara tu kira dah menjadi macam itik serati atau dengan lain perkataan ianya menjadi serak. WU juga penting bagi melegakan otot-otot dibahagian leher. Ini penting kerana apabila kita menyanyi, otot-otot leher dan bahu ini ikut serta bergerak kecuali jika menyanyi stail robot. Hati-hati jika kamu menyanyi lagu tamil, kekuatan otot-otot badan seperi leher amat perlu bagi mencapai mud penghayatan yang baik dalam nyanyian dalam kebanyakkan lagu tamil. Juga dalam menyanyi lagu Tamil khususnya, kekuatan lidah juga perlu bagi mendapatkan intonasi atau sebutan yang betul... ANE, TAMBI, TANGECHI! jangan mara aaa...hehehe... WU juga boleh dibuat melalui latihan boobling untuk peranan bagi pergerakkan bibir yang banyak membantu dalam nyanyian. Nyanyian yang di buat tanpa WU akan memberi kejutan yang mendadak kepada kod vokal dan suara. Nyanyian secara berterusan tanpa membuat WU terlebih dahulu akan meninggalkan kesan yang negatif pada usia tua nanti dan mungkin pada waktu nak panggil cucu picit kepala pun tak terkeluar suara.... ini adalah kerana julat atau renj suara menjadi lebih pendek dan bermasalah dalam mencapai pitching pada oktaf yang tinggi. kepentingan WU kepada diri anda ialah untuk memberi fokus atau tumpuan kepada nyanyian, persediaan awal bagi fizikal dan mental, mewujudkan teknik pernafasan yang baik, melegakan tekanan seluruh otot badan, meluaskan pic, mencapai aras kesatuan vokal dan akhirnya untuk mendapatkan intonasi atau sebutan yang betul dalam pengeluaran suara melalui lirik atau senikata lagu. WU terbahagi kepada dua iaitu WU fizikal dan WU Vokal.

3. Postur
Postur (P)adalah kedudukan badan sewaktu menyanyi. P ini lebih diberi tumpuan dalam nyanyian secara kumpulan atau koir kerana ruang pergerakkan bagi penyanyi adalah terhad. Bagi nyanyian secara solo, ianya tidak banyak menimbulkan masalah. Apa yang dimaksudkan P itu ialah keadaan tubuh badan samada menyanyi secara berdiri, duduk dan bagi yang terlebih terror tu mungkin mereka boleh menyanyi sambil berbaring atau meniarap. Apa yang penting jangan sesekali menyanyi dengan melihat lantai ini akan menyebabkan suara susah hendak keluar. Jangan pula menyanyi membelakangi penonton.... kecuali anda menyanyi lagu "GOYANG INUL"... itu pun, pastikan absober anda bukan jenis Lori tayar 16... hehehehe... Gunakan sepenuhnya ruangan pentas itu dan bagi nyanyian solo ,P anda adalah bebas mengikut kesesuaian dan kreativiti anda. Dalam nyanyian lagu koir dan nasyid, mereka ada garis panduan tertentu... nanti kalau berkesempatan akan diterangkan.

4. Teknik vokal
5. Minat
6. Berilmu

BERSAMBUNG.....


Sunday, May 23, 2010

KEJAYAAN DAN AKTIVITI

01. MEWAKILI NEGERI PAHANG DALAM PERTANDINGAN KOIR KEBANGSAAN
ANJURAN JABATAN PERPADUAN (JURULATIH KOIR)
02. PENYELARAS MUZIK MAJLIS KEBERANGKATAN SULTAN PAHANG
03. MENGIRINGI NYANYIAN TENGKU AMPUAN PAHANG
04. MEMBEKAL PERALATAN MUZIK BAGI KEMENTERIAN KERAJAAN
05. NAIB JOHAN PERTANDINGAN JUARAN KUGIRAN GURU.
06. DUA TEMPAT HADIAH SAGU HATI PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU DBP
07. JOHAN NEGERI PERTANDINGAN NASYID ANJURAN WANITA UMNO
08. HAKIM GENDANG SILAT KARNIVAL K.LIPIS
09. SUMBANGAN 2 BUAH LAGU PROGRAM "ULAT BUKU" tv rtm
10. MEMBEKAL PERALATAN MUZIK KE KELAB DISCO DAN DANGDUT SERTA LAIN-
LAIN.

PENGETAHUAN MUZIK & AKADEMIK

1. SEK KEB JERANTUT (1-6)
2. SEK MEN JERANTUT SATU (FORM 1-6)
3. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (Perakaunan)
4. INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS (PENDIDIKAN MUZIK)
5. KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (Specialist Music IPTAA)
6. OUM (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MUZIK)
7. KURSUS TIDAK FORMAL DI DALAM PENGEDALIAN P.A SYSTEM DAN MEMBAIK PULIH SYSTEM AUDIO, RADIO&TV

Thursday, May 20, 2010

ANTARA INDIVIDU, KUMPULAN DAN TEMPAT YANG PERNAH MENGUNAKAN SYSTEM KAMI

CAPE TECHNOLOGY SDN BHD PENANG, A RAHMAN ON, PRIMA PRESTIJ KUANTAN, SWISS GARDEN HOTEL, PROGRAM IKTIRAF JENGKA,TEKAM RESORT PLANTATION, RAIN FOREST TMN NEGARA, DATUK PADUKA IBRAHIM ALI, KG. BERENGGUN BEHRANG PERAK, NENASI PEKAN, MAJLIS DAERAH JERANTUT, SMK TEKNIK BENTONG, SMK SERI BERA, PUSAT SERENTI KARAK, PUSAT SERENTI SG RUAN RAUB, PUSAT SERENTI JERANTUT, KEBAJIKAN MASYARAKAT KUALA KUBU SELANGOR, SEKOLAH TUNAS BAKTI JERANTUT, KEBAJIKAN MASYARAKAT JERANTUT, KELAB DANGDUT BAHAU N9, JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ),YB DATO MUKRIZ TUN MAHATHIR, DATUK MEGAT FIRDOUZ, BUDHIST TEMPLE SG JAN, YB DATO MAT JAAFAR, YB DATO LAU LEE, INSPEKTOR LINGGAM (SIRI GERAK KHAS) ARIS ARIWATAN, KRISTAL, XPDC, WING, HUJAN, MAT OVER, LUCY, S. JIBENG, A. HALIM, DATO NOH OMAR, SHEDA, YB DATO WAN MIZAN, YAM TENGKU AZLAN, YB DATO SUKRI, DATO AHMAD JAIS, ACAPAN, DATO CHUA JU MING, TENGKU AMPUAN PAHANG, MR. TALAHA, SCAVIA, KHAZANAH, SITI SARAH, SYED SOBRI, AZIE, MCA KUALA LIPIS, KUIL LADANG TEKAL, TUAN GURU DATO NIK AZIZ, ABON, RISMA AF, DINASTY HOTEL KL, HALIM YAZID, FADZIL HANDY BLACK, KOMPLEKS TABUNG HAJI KELANA JAYA, RTM KUANTAN, CENTER POINT KL, HOTEL M.S. GARDEN KUANTAN DAN LAIN-LAIN.

Friday, April 16, 2010

BERSAMA TENGKU AMPUAN PAHANG

KENANGAN MANIS MENGIRINGI NYANYIAN BERSAMA TENGKU AMPUAN PAHANG

Thursday, March 18, 2010

* ANTARA BAND NAUNGAN ZMIN STUDIO



Angah dan Along zmin selepas membuat persembahan Gendang 1 Malaysia di East Cost Mall Kuantan. Along telah Berjaya melanjutkan pelajaran muzik di ASWARA 2013.

SUBVERSION semasa bermain GIG di Heaven Studio Kuala Lumpur .... tak cukup hebat lagi... jika kalian belum sampai taraf main kat KELAB DANGDUT... hahahaha...


THE DOUBLE XL ( Band Guru Daerah Jerantut), Terdiri daripada Zmin (keyboardist), Sani Lone Ranger (guitarist) Man Poodah (guitarist 2), John Zoni (Bassist), Nikie (Drummer), Zaid Tik Tok (Percussion) Zul Lebai, Awie Royal, Su dan Tina (vocalist) kerap diundang untuk persembahan sempena program guru daerah Jerantut. Ada lima orang lagi anggota XXL yang tidak ada dalam gambar. Iaitu Cikgu Zul Lebai (la ni dah jadi Pen. Pengarah JAWI) dan Cikgu Zmin (sibuk membetulkan wayar speaker) dan lain-lain. Ada pun nama THE DOUBLE XL muncul kerana kebanyakkan anggota band pakai T-shirt saiz XXL hehehe... XXL adalah dibawah naungan Jabatan Pendidikan Daerah Jerantut di zaman Tuan Haji Nazri selaku penaung dan En. Jalaludin Ismail sebagai Pengurus iaitu orang yang bertanggungjawab diatas penubuhan kumpulan XXL ini. XXL ini dibantu oleh Zmin Studio dari segi peralatan muzik, latihan dan pengurusan persembahan. Awie The Royal atau cikgu Awie telah kembali ke Rahmatullah........

Ada tiga lagi kumpulan dibawah Z-MIN Studio iaitu,

1. SUBVERSION ( Kumpulan anak-anak aku yang banyak main lagu TAH HAPA HAPA.... Katanya Hardcore mETAL .... byk terlibat dalam gig, battle dan show band..sakit kepala aku.... "ni bukan zaman Papa...(kata mrk) ye jugak ek.. hehehe.."). Salah seorang dari ahli Subvesion telah melanjutkan pelajaran di UITM dalam bidang muzik. Terdiri daripada Vocalist (TEHEN), Guitarist (JOVI), Bassist (ANGAH ZMIN) Drummer (ALONG ZMIN)

2. KUMPULAN CINCIN BELAH ROTAN ( hok kani semua geng tua-tua... aku sorang je muda.. hehehe... kami layan lagu asli, keroncong, inang, dangdut.. dan lagu-lagu semasa seperti lagu Cari Jodoh kami modified jadi lagu keroncong.

3. KHAZANAH (Dah ada album sendiri... no. 1 dalam rankin Asyik FM... kumpulan OA BATTLE OF ORANG KITAK yang sedang meningkat naik.... Sume lagu kitak mayin (main) ... boleh test kalu tak percaya.... IBOK KOM... Kitak Uran tak minum LINKUES.... ahak..ahak..).

4.. ZMIN STUDIO BAND. Di tubuh pada tahun 2004. Bermain di Tapak Ekspo, Dinner, Majlis Kahwin, Hotel dsb nya. Antara yang pernah menjadi line up dengan band ini ialah Arwah YAN meditasi, Fadzil Handy Black dan EDI Arts Stream. Anggota Asal dan tetap kami ZAHA (drummer), EDDY FERRY (guitarist), FAROQ (bassist) AMBONG (vocalist), MAZLI (vocalist/teknician), BOTAK BATANG KALI (Bassist jemputan). Sekarang kami berhenti bermain kerana kesibukkan dengan tugas, pelajaran dan masih mencari pemain bass yang komited dan berdisiplin.

5. TEACHERS & CHILD. Merupakan gabungan ayah (guru) dan anak perempuan serta lelaki dari Kuala Lipis dan Jerantut. Mempunyai lebih kurang 20 lagu ciptaan sendiri yang berentak Reagae serta irama Malaysia. Lagu berunsurkan nasihat dan jiwa patriotik. Terdiri daripada Cikgu Rosman @ BOB MALAY (guitarist/vokal), Cikgu Zmin (keyboardist), Rakha Qistina (Bassist/vocalist) dan Along Zmin (drummer). Jika ada rezeki kami akan terbitkan kesemua lagu-lagu tersebut. Antara tajuk lagu tersebut: KATA TUAH, ANAK PAHANG, APA TAKUT?, KATA ORANG KAYA, SYAHADAH, TIDAK KUAT KAH KITA? DAN LAIN-LAIN.

TEACHERS & CHILD. Dari kiri Rakha Qistina, Bob malay, Along zmin dan Zmin.


DI BAWAH INI VIDEO RAKAMAN PERSEMBAHAN BAND XXL.
Semasa majlis makan malam Anjuran Jabatan Perpaduan.
Vocalist Cikgu Suhaila, Guitarist Cikgu Sani, Bassist Cikgu Man, Drum Cikgu Nikie (Tahniah Nikie kerana masih mengekalkan identiti XXL itu.... hehehe) dan Keyboardist Cikgu Zahimin (ZMIN). SAKSIKANLAH....................



Kumpulan Khazanah : vocalist (sani mendul), Guitarist (Zahar Genting), Bass (Samli), Drummer (Aboy), Keyboardist Jemputan (zmin). CARILAH ALBUM MEREKA DI PASARAN. BANYAK LAGI LAGU-LAGU YANG SEDAP-SEDAP HASIL DARI SENTUHAN TANGAN SAUDARA HERRY (KHALIFAH) TERBITAN SERASI MUZIK. MEREKA ADALAH OA ETNIK JAHUT DARIPADA JERANTUT, KUALA KRAU DAN BAHAU.



* PERSEMBAHAN MAJLIS KERAIAN





Mengiringi A Rahman Onn di tapak Ekspo Jerantut baru-baru ini. Dari kiri: Abang Razali, Alim JPJ, A Rahman On, Eddie dan zmin



Sorry bro... gambar terbalik... saje bagi korang pening kepala... Gambar ini diambil semasa di Hotel Swiss Garden. Kolej Shahputra band tengah main dengan gaya terbalik... jangan betulkan monitor anda! memang stail diaorang main bergini... hehehe...

Manager Cape technology Sdn. Bhd. Penang sedang berucap dan beliau menyanyi lagu Melayu secara karaoke. Beliau merupakan seorang manager yang baik dan pandai menjaga hati para pekerja nya. Thank you kerana beri zmin tip... ratus-ratus juga tu.. hehehe.

Antara pekerja cape technology makan malam di Rain Forest Taman negara Jerantut.

Tarian Hip-Hop yang sangat menarik dari warga Cape technology sdn. Bhd penang.

Bersama A Rahman On ketika sound check di Jerantut Funfair

Walau sudah berumur 60 tahun lebih, A Rahman On masih bertenaga dan mantap di atas pentas. Bekerja dengan beliau sangat mudah serta seronok dan beliau seorang yang tidak banyak kerenah. "line up" zmin studio kali ini guitarist (eddie), Bassist (Alim JPJ), drummer (Abang Razali Temerloh) dan keyboardist (zmin) serta Sound Man (Cikgu Rahim Raub). Cikgu Rahim mengarahkan saya cari line up dalam masa sejam. Kalau sound bunyi macam tongkang pecah tu.. maklum2 je laa...

Norfazra bersama CBR. Pernah mengiringi nyanyian beliau bersama Band Polis Jerantut. dibawah pengurusnya Tuan Sukhairi. Sekarang Tuan Shukairi telah bertukar ke Bukit Aman dengan pangkat ASP.. Tabik Tuaaannnn....!!


Antara anggota yang saya ingat namanya ialah En. Mat (gendang anak), abg Zul (gendang ibu), Abg Kama (guitarist), zmin (bassist) dan yang lain-lain dah lupa namanya... sori Pokcik ye... dengar cerita ramai yang dah sakit.... dan sudah jarang traning..... takpe..sihat kang kite jamming lagi.....

Zek's Penyanyi Band PAKTEH MEDAN Ulu Cheka

Bersama Ery dan Sabu (Kumpulan Khalifah), Botak Batang Kali antara Bassist terbaik Selangor)

Kami menerima tempahan untuk persembahan keraian seperti Majlis perkahwinan, dan juga band pengiring untuk artis. Terdapat dua bentuk perkhidmatan iaitu Kugiran (Band) yang mampu memainkan semua jenis rentak lagu dan kumpulan Gendang Pahang.Harga boleh dirunding.




* KURSUS GITAR / BASS / DRUMS/ KEYBOARD

BILIK BELAJAR DRUM

KURSUS PERMAINAN ALAT MUZIK GURU GURU SJK (CINA)

Kami bersedia menganjurkan kursus untuk pendidikan muzik, kursus bermain gitar,drums, bass, keyboard serta Gubahan muzik mengunakan perisian muzik , Cara-cara membuat Demo Tape dengan mengunakan (3 peralatan sahaja) secara formal ataupun tidak formal. Sijil-sijil penyertaan akan diberi kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus. Gambar menunjukkan sesi kursus vokal serta permainan alat muzik.

Wednesday, March 17, 2010

*MENJUAL PERALATAN MUZIK












Antara peralatan yang dijual di Zmin Studio. Kami juga menerima trade in gitar dengan harga yang boleh dirunding.



* PENGANJURAN BATTLE DAN GIG

THE JOHN kumpulan Live Band Cina dari Mentakab di
Konsert anjuran MCA Kuala Lipis

Antara kumpulan yang mengambil bahagian dalam
Battle Of The Band anjuran ZMIN STUDIO dan Pejabat Belia Jerantut

AKSI KUMPULAN "NO MONEY"
Kami bersedia menganjurkan Battle dan gig mengikut keperluan dan tempat. Gambar menunjukkan pertandingan yang pernah dianjurkan di daerah Jerantut.

* SAHABAT-SAHABAT ZMIN STUDIO


haha... yang ini cikgu Rahim dari Raub. Mempunyai peralatan P.A. system berjenama DAS. Masa saya ambil gambar beliau, beliau berkata "Laa.. ngape ambik gambo kas yang kusut masai tak bersikat nii..?" Biasa la abang Rahim... soundman memang gitulah... rambut kita serupa je dengan wayar-wayar yang berserabut tu.... kadang2 puas kite nak betulkan bunyi yang berserabut ... masa tu otak pun jadi serabut... hihihi..





Gambar kenangan semasa Juara pertandingan Nasyid Sekolah Rendah semasa bertugas di SK Damak tahun 90-an. Saya pun dah lupa tarikhnya. kebetulan anak murid saya minta saya masukkan ke dalam blog ini. Anak murid yang saya masih ingat namanya adalah seperti Faiz mahayuddin, Firdaus dan Nursuhanum dan yang lain2 dah tak ingat... mungkin yang lain tak pernah hubungi saya kecuali 3 orang murid kesayangan hamba ini.... hehehe... yang lain tu murid derhaka kut Firdaus..? Saya percaya semua sudah menjadi orang yg berguna pada bangsa dan negara macam Faiz (cikgu) dan Nursuhanum (Pegawai tentera). Firdaus masih single... kena mandi bunga gamaknya budak ni..... hahahaha......

PASUKAN KOIR MECIDIABAN (JOHAN KOIR PAHANG 2007)

Antara nama-nama ahli yang saya ingat dalam gambar ini ialah Bernard, Zulkarnain, Mokhtar, Sani, Azman, Zoni, rosli, Husna, aiping, Tina, suhaila yang lain-lain terlupa sangat nama kalian....


PASUKAN KOIR JURU RAWAT MASYARAKAT
Apa khabar Misi-misi semua? Rasanya kalian semua telah berjaya menamatkan kursus dan telah bertugas di segenap bumi Malaya ini. Walaupun persembahan kalian dahulu telah di potong oleh Lembaga Penapis Filem jabatan kalian kerana ada adegan yang merbahaya dan merbahayakan kesihatan audien ketika itu.... Kalian memang mantap... ingat balik pesanan saya dulu.....senyumlah selalu kalau nak jadi kaya.... hihihi

Kami menyediakan khidmat jurulatih pasukan koir / nasyid, sama ada untuk pertandingan mahupun sekadar persembahan.Selain melatih, persiapan lain seperti skor lagu dan muzik minus one juga termasuk di dalam pakej latihan. Pilihan Kepada jenis-jenis pasukan koir seperti Show Choir,Folks Choir, Pop Choir, Jazz Choir dan lain-lain. Perkhidmatan ini diberi kepada seluruh lapisan sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta mahupun pertubuhan-pertubuhan setempat. Antara Jabatan Kerajaan dan swasta yang pernah mengunakan khidmat Zmin Studio Seperti Jabatan Pelajaran, Pejabat Daerah, Umno, Belia, Puspanita, Jabatan Saliran, Jabatan Veterinar, Hospital, PDRM, Jabatan Perpaduan, Pusat Serenti, FAMA, Tunas Bakti, Masjid, Pertubuhan Perempuan (WI), Kumpulan Nasyid Wilayah Jengka, IKIP, JHEOA, KILANG TERAMAJU SDN BHD dan Lain-lain. Harga perkhidmatan boleh dibincangkan, dan anda pasti puashati.
Contoh: Pasukan Koir Guru (atas), Pasukan Koir Kolej Jururawat Masyarakat. (bawah).







Ustaz Zukifli Hamat. ustaz serba boleh. seorang Penceramah, Pendakwah, penyanyi, boleh bermain alat muzik, Tukang karut dikir barat, Pengacara majlis dan fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab. Salah seorang vocalist double XL tapi sekarang dah slim.... beliau sekarang bertugas sebagai Pen. Pengarah KPM di putrajaya dan merupakan salah seorang mentor atau Mursid dalam program IMAM MUDA II yang akan siarkan dalam tv ASTRO tidak lama lagi.... Kami anggota Double XL ucapkan syabas dan tahniah diatas kerjaya terbaru... ingat balik kata-kata ustaz dulu "TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.... INIKAN PULA TEMPAT JAMMING" hahaha.....






Mr. Frankie. My audio visual supplier.






Siti Khadijah ...Anak dara zmin. Umo Aye Duwe tawun.... Aye cuke lagu.. "oleh panang-panang... angan pegang-pegang" hihihi







Yup! Ini dia DJ paling terkenal di Jerantut, terutama di kawasan Taman Inderapura. Koboi Jepun Yushimura... tapi kat sini kami panggil YUSHIMUSA... hehehe.... Ni patner saya jika bertugas sebagai DJ. Kalau ada Abang Musa ni, maka keluarlah segala pantun dan hadis serta Al-qur'an. Saya minat sangat kalau beliau keluar hadis pasal POLIGAMI.... mahu pak2 haji yang tengah makan kenduri kahwin tu terus berhenti dan menghayati maksud hadis yang disampaikan itu... maklumlah pak haji pun bukannya tahu sangat berbahasa Arab....

Bersama Mail XPDC yang berkunjung ke zmin studio baru-baru ini.

This is Mr. Gordon Brown from Sweden. He is my English " SIFU". He singing "MY WAY" song very nice. He always remember me... "carefull with your intonation Mr Zahimin.... students will followed to what you speak up"... hehehe. I'm not English teacher sir... but music teacher optionist... sometimes I'm using my "Malay tongue".... I'm sorry.... Murid level 1 boleh la aku kelentong.... hahaha...

Editor Mag.Empayar (Baju putih), Hairy (gitaris Khalifah). Yang kat belakang tengah sibuk dengan mixer tu Dato Rosman dari Subang. Masa tu beliau belum dapat title Dato lagi dan beliau merupakan salah seorang MASTER SIFU dalam bahagian Audio.
Sheeda, penyanyi dangdut.

Artis dan Kump.Chincin Belah Rotan (CBR)
Pemuzik Pro dari Ibukota.

Pemimpin MCA menyaksikan konsert.

Zmin bersama Tengku Fathi, bekas pensyarah IPTAA, K.Lipis. Beliau dah pencen. Apa kabo Man Panjang, dengo kabo dah jadi Pensyarah muzik kat UPSI? hehehe Man Panjang tu Bassist zmin semasa di MPIK dahulu. Lama betul tak dengar cerita member band semasa di MPIK 1990 dulu... apa cerita Ayai (drummer), Robakyah (keyboardist), Redzuan(vokalist) dan yang lain-lain tu..... dan room mate saya Yusry, Shamsuri Juara dan Rahim KK...

Mr.Talha, gitaris The Wonderers bersama isteri. Baru-baru ini masuk dalam program TANGKAP MUAT dan kumpulan PUTRASARI yang bertanding dalam rentak juara baru-baru ini adalah kesemuanya anak-anak beliau.....Nanti suatu masa nanti lepas juga saya kerumah abang Talaha di Branang Selangor tu....

Hairy,Gitaris Khalifah.
Mr.Saha, Gitaris Thunderstorm, gitaris terbaik Rentak Juara Musim pertama. Baru-baru in ada datang ke studio dengan Geng tabligh beliau. Habis dengan aku kena tabligh.... elok lah sahabat mengingat sama insan.... aku dah ada jalan sendiri..... berpandukan qur'an dan hadis...memandang ke dalam diri.... tuhan yang maha hakiki....sangat dekat bagi yang mengkaji... jauh bagi yang suka mengeji.... mari kita cariiii.....


Pasangan Mat Salleh ni datang beli gitar.
Antara sahabat-sahabat Zmin Studio yang memberi sokongan.


KLIK PADA OLDER POST UNTUK CATATAN PERKHIDMATAN SETERUSNYA...