HALAMAN

Thursday, March 18, 2010

* ANTARA BAND NAUNGAN ZMIN STUDIO



Angah dan Along zmin selepas membuat persembahan Gendang 1 Malaysia di East Cost Mall Kuantan. Along telah Berjaya melanjutkan pelajaran muzik di ASWARA 2013.

SUBVERSION semasa bermain GIG di Heaven Studio Kuala Lumpur .... tak cukup hebat lagi... jika kalian belum sampai taraf main kat KELAB DANGDUT... hahahaha...


THE DOUBLE XL ( Band Guru Daerah Jerantut), Terdiri daripada Zmin (keyboardist), Sani Lone Ranger (guitarist) Man Poodah (guitarist 2), John Zoni (Bassist), Nikie (Drummer), Zaid Tik Tok (Percussion) Zul Lebai, Awie Royal, Su dan Tina (vocalist) kerap diundang untuk persembahan sempena program guru daerah Jerantut. Ada lima orang lagi anggota XXL yang tidak ada dalam gambar. Iaitu Cikgu Zul Lebai (la ni dah jadi Pen. Pengarah JAWI) dan Cikgu Zmin (sibuk membetulkan wayar speaker) dan lain-lain. Ada pun nama THE DOUBLE XL muncul kerana kebanyakkan anggota band pakai T-shirt saiz XXL hehehe... XXL adalah dibawah naungan Jabatan Pendidikan Daerah Jerantut di zaman Tuan Haji Nazri selaku penaung dan En. Jalaludin Ismail sebagai Pengurus iaitu orang yang bertanggungjawab diatas penubuhan kumpulan XXL ini. XXL ini dibantu oleh Zmin Studio dari segi peralatan muzik, latihan dan pengurusan persembahan. Awie The Royal atau cikgu Awie telah kembali ke Rahmatullah........

Ada tiga lagi kumpulan dibawah Z-MIN Studio iaitu,

1. SUBVERSION ( Kumpulan anak-anak aku yang banyak main lagu TAH HAPA HAPA.... Katanya Hardcore mETAL .... byk terlibat dalam gig, battle dan show band..sakit kepala aku.... "ni bukan zaman Papa...(kata mrk) ye jugak ek.. hehehe.."). Salah seorang dari ahli Subvesion telah melanjutkan pelajaran di UITM dalam bidang muzik. Terdiri daripada Vocalist (TEHEN), Guitarist (JOVI), Bassist (ANGAH ZMIN) Drummer (ALONG ZMIN)

2. KUMPULAN CINCIN BELAH ROTAN ( hok kani semua geng tua-tua... aku sorang je muda.. hehehe... kami layan lagu asli, keroncong, inang, dangdut.. dan lagu-lagu semasa seperti lagu Cari Jodoh kami modified jadi lagu keroncong.

3. KHAZANAH (Dah ada album sendiri... no. 1 dalam rankin Asyik FM... kumpulan OA BATTLE OF ORANG KITAK yang sedang meningkat naik.... Sume lagu kitak mayin (main) ... boleh test kalu tak percaya.... IBOK KOM... Kitak Uran tak minum LINKUES.... ahak..ahak..).

4.. ZMIN STUDIO BAND. Di tubuh pada tahun 2004. Bermain di Tapak Ekspo, Dinner, Majlis Kahwin, Hotel dsb nya. Antara yang pernah menjadi line up dengan band ini ialah Arwah YAN meditasi, Fadzil Handy Black dan EDI Arts Stream. Anggota Asal dan tetap kami ZAHA (drummer), EDDY FERRY (guitarist), FAROQ (bassist) AMBONG (vocalist), MAZLI (vocalist/teknician), BOTAK BATANG KALI (Bassist jemputan). Sekarang kami berhenti bermain kerana kesibukkan dengan tugas, pelajaran dan masih mencari pemain bass yang komited dan berdisiplin.

5. TEACHERS & CHILD. Merupakan gabungan ayah (guru) dan anak perempuan serta lelaki dari Kuala Lipis dan Jerantut. Mempunyai lebih kurang 20 lagu ciptaan sendiri yang berentak Reagae serta irama Malaysia. Lagu berunsurkan nasihat dan jiwa patriotik. Terdiri daripada Cikgu Rosman @ BOB MALAY (guitarist/vokal), Cikgu Zmin (keyboardist), Rakha Qistina (Bassist/vocalist) dan Along Zmin (drummer). Jika ada rezeki kami akan terbitkan kesemua lagu-lagu tersebut. Antara tajuk lagu tersebut: KATA TUAH, ANAK PAHANG, APA TAKUT?, KATA ORANG KAYA, SYAHADAH, TIDAK KUAT KAH KITA? DAN LAIN-LAIN.

TEACHERS & CHILD. Dari kiri Rakha Qistina, Bob malay, Along zmin dan Zmin.


DI BAWAH INI VIDEO RAKAMAN PERSEMBAHAN BAND XXL.
Semasa majlis makan malam Anjuran Jabatan Perpaduan.
Vocalist Cikgu Suhaila, Guitarist Cikgu Sani, Bassist Cikgu Man, Drum Cikgu Nikie (Tahniah Nikie kerana masih mengekalkan identiti XXL itu.... hehehe) dan Keyboardist Cikgu Zahimin (ZMIN). SAKSIKANLAH....................



Kumpulan Khazanah : vocalist (sani mendul), Guitarist (Zahar Genting), Bass (Samli), Drummer (Aboy), Keyboardist Jemputan (zmin). CARILAH ALBUM MEREKA DI PASARAN. BANYAK LAGI LAGU-LAGU YANG SEDAP-SEDAP HASIL DARI SENTUHAN TANGAN SAUDARA HERRY (KHALIFAH) TERBITAN SERASI MUZIK. MEREKA ADALAH OA ETNIK JAHUT DARIPADA JERANTUT, KUALA KRAU DAN BAHAU.



0 ulasan: