HALAMAN

Wednesday, March 17, 2010

* SAHABAT-SAHABAT ZMIN STUDIO


haha... yang ini cikgu Rahim dari Raub. Mempunyai peralatan P.A. system berjenama DAS. Masa saya ambil gambar beliau, beliau berkata "Laa.. ngape ambik gambo kas yang kusut masai tak bersikat nii..?" Biasa la abang Rahim... soundman memang gitulah... rambut kita serupa je dengan wayar-wayar yang berserabut tu.... kadang2 puas kite nak betulkan bunyi yang berserabut ... masa tu otak pun jadi serabut... hihihi..





Gambar kenangan semasa Juara pertandingan Nasyid Sekolah Rendah semasa bertugas di SK Damak tahun 90-an. Saya pun dah lupa tarikhnya. kebetulan anak murid saya minta saya masukkan ke dalam blog ini. Anak murid yang saya masih ingat namanya adalah seperti Faiz mahayuddin, Firdaus dan Nursuhanum dan yang lain2 dah tak ingat... mungkin yang lain tak pernah hubungi saya kecuali 3 orang murid kesayangan hamba ini.... hehehe... yang lain tu murid derhaka kut Firdaus..? Saya percaya semua sudah menjadi orang yg berguna pada bangsa dan negara macam Faiz (cikgu) dan Nursuhanum (Pegawai tentera). Firdaus masih single... kena mandi bunga gamaknya budak ni..... hahahaha......

PASUKAN KOIR MECIDIABAN (JOHAN KOIR PAHANG 2007)

Antara nama-nama ahli yang saya ingat dalam gambar ini ialah Bernard, Zulkarnain, Mokhtar, Sani, Azman, Zoni, rosli, Husna, aiping, Tina, suhaila yang lain-lain terlupa sangat nama kalian....


PASUKAN KOIR JURU RAWAT MASYARAKAT
Apa khabar Misi-misi semua? Rasanya kalian semua telah berjaya menamatkan kursus dan telah bertugas di segenap bumi Malaya ini. Walaupun persembahan kalian dahulu telah di potong oleh Lembaga Penapis Filem jabatan kalian kerana ada adegan yang merbahaya dan merbahayakan kesihatan audien ketika itu.... Kalian memang mantap... ingat balik pesanan saya dulu.....senyumlah selalu kalau nak jadi kaya.... hihihi

Kami menyediakan khidmat jurulatih pasukan koir / nasyid, sama ada untuk pertandingan mahupun sekadar persembahan.Selain melatih, persiapan lain seperti skor lagu dan muzik minus one juga termasuk di dalam pakej latihan. Pilihan Kepada jenis-jenis pasukan koir seperti Show Choir,Folks Choir, Pop Choir, Jazz Choir dan lain-lain. Perkhidmatan ini diberi kepada seluruh lapisan sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta mahupun pertubuhan-pertubuhan setempat. Antara Jabatan Kerajaan dan swasta yang pernah mengunakan khidmat Zmin Studio Seperti Jabatan Pelajaran, Pejabat Daerah, Umno, Belia, Puspanita, Jabatan Saliran, Jabatan Veterinar, Hospital, PDRM, Jabatan Perpaduan, Pusat Serenti, FAMA, Tunas Bakti, Masjid, Pertubuhan Perempuan (WI), Kumpulan Nasyid Wilayah Jengka, IKIP, JHEOA, KILANG TERAMAJU SDN BHD dan Lain-lain. Harga perkhidmatan boleh dibincangkan, dan anda pasti puashati.
Contoh: Pasukan Koir Guru (atas), Pasukan Koir Kolej Jururawat Masyarakat. (bawah).







Ustaz Zukifli Hamat. ustaz serba boleh. seorang Penceramah, Pendakwah, penyanyi, boleh bermain alat muzik, Tukang karut dikir barat, Pengacara majlis dan fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab. Salah seorang vocalist double XL tapi sekarang dah slim.... beliau sekarang bertugas sebagai Pen. Pengarah KPM di putrajaya dan merupakan salah seorang mentor atau Mursid dalam program IMAM MUDA II yang akan siarkan dalam tv ASTRO tidak lama lagi.... Kami anggota Double XL ucapkan syabas dan tahniah diatas kerjaya terbaru... ingat balik kata-kata ustaz dulu "TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG.... INIKAN PULA TEMPAT JAMMING" hahaha.....






Mr. Frankie. My audio visual supplier.






Siti Khadijah ...Anak dara zmin. Umo Aye Duwe tawun.... Aye cuke lagu.. "oleh panang-panang... angan pegang-pegang" hihihi







Yup! Ini dia DJ paling terkenal di Jerantut, terutama di kawasan Taman Inderapura. Koboi Jepun Yushimura... tapi kat sini kami panggil YUSHIMUSA... hehehe.... Ni patner saya jika bertugas sebagai DJ. Kalau ada Abang Musa ni, maka keluarlah segala pantun dan hadis serta Al-qur'an. Saya minat sangat kalau beliau keluar hadis pasal POLIGAMI.... mahu pak2 haji yang tengah makan kenduri kahwin tu terus berhenti dan menghayati maksud hadis yang disampaikan itu... maklumlah pak haji pun bukannya tahu sangat berbahasa Arab....

Bersama Mail XPDC yang berkunjung ke zmin studio baru-baru ini.

This is Mr. Gordon Brown from Sweden. He is my English " SIFU". He singing "MY WAY" song very nice. He always remember me... "carefull with your intonation Mr Zahimin.... students will followed to what you speak up"... hehehe. I'm not English teacher sir... but music teacher optionist... sometimes I'm using my "Malay tongue".... I'm sorry.... Murid level 1 boleh la aku kelentong.... hahaha...

Editor Mag.Empayar (Baju putih), Hairy (gitaris Khalifah). Yang kat belakang tengah sibuk dengan mixer tu Dato Rosman dari Subang. Masa tu beliau belum dapat title Dato lagi dan beliau merupakan salah seorang MASTER SIFU dalam bahagian Audio.
Sheeda, penyanyi dangdut.

Artis dan Kump.Chincin Belah Rotan (CBR)
Pemuzik Pro dari Ibukota.

Pemimpin MCA menyaksikan konsert.

Zmin bersama Tengku Fathi, bekas pensyarah IPTAA, K.Lipis. Beliau dah pencen. Apa kabo Man Panjang, dengo kabo dah jadi Pensyarah muzik kat UPSI? hehehe Man Panjang tu Bassist zmin semasa di MPIK dahulu. Lama betul tak dengar cerita member band semasa di MPIK 1990 dulu... apa cerita Ayai (drummer), Robakyah (keyboardist), Redzuan(vokalist) dan yang lain-lain tu..... dan room mate saya Yusry, Shamsuri Juara dan Rahim KK...

Mr.Talha, gitaris The Wonderers bersama isteri. Baru-baru ini masuk dalam program TANGKAP MUAT dan kumpulan PUTRASARI yang bertanding dalam rentak juara baru-baru ini adalah kesemuanya anak-anak beliau.....Nanti suatu masa nanti lepas juga saya kerumah abang Talaha di Branang Selangor tu....

Hairy,Gitaris Khalifah.
Mr.Saha, Gitaris Thunderstorm, gitaris terbaik Rentak Juara Musim pertama. Baru-baru in ada datang ke studio dengan Geng tabligh beliau. Habis dengan aku kena tabligh.... elok lah sahabat mengingat sama insan.... aku dah ada jalan sendiri..... berpandukan qur'an dan hadis...memandang ke dalam diri.... tuhan yang maha hakiki....sangat dekat bagi yang mengkaji... jauh bagi yang suka mengeji.... mari kita cariiii.....


Pasangan Mat Salleh ni datang beli gitar.
Antara sahabat-sahabat Zmin Studio yang memberi sokongan.


KLIK PADA OLDER POST UNTUK CATATAN PERKHIDMATAN SETERUSNYA...





0 ulasan: